Search This Blog

Wednesday, August 4, 2010

Ted dan Didi yang nakal. Bahagian 1.

Pada satu hari pada musim panas, Shahrul dan Khairul berasa gembira kerana ayah mereka memberitahu yang mereka sekeluarga akan pergi berkelah di sebuah pantai. Mereka diarahkan agar berkemas. "Yippie!" sorak Shahrul dan Khairul serentak. "Boleh tak kami bawa Ted dan Didi?" Ted dan Didi adalah dua anak patung beruang kegemaran mereka berdua. "Boleh, jika kamu memerhatikan mereka setiap masa," kata ayah mereka. "Kita tidak mahu habiskan waktu petang kita mencarinya jika ia hilang lagi." sambung ayah mereka.
     Shahrul dan Khairul memang selalu membawa Ted dan Didi bersama walau kemana-mana mereka pergi tetapi mereka selalu kehilangan Ted dan Didi. Jika Ted dan Didi tidak diperhatikan, mereka akan lari untuk mencari keriangan.
    Mereka sekeluarga tiba di pantai dan menyusun barang-barang perkelahan mereka. Setelah itu ayah membaca surat khabar, ibu membaca novel dan Shahrul dan Khairul pula sibuk membina istana pasir. Mereka semua leka dengan aktiviti masing-masing. Apabila Ted dan Didi sedar yang mereka tidak diperhatikan, mereka pun melompat keluar dan berlari sambil ketawa riang sepanjang pantai itu.
     "Mari kita meneroka!" kata Ted. "Saya boleh lihat gua disana," sambung Ted sambil menuding jari kearah gua tersebut. "Ianya gelap dan menakutkan" kata Didi."Janganla jadi bodoh," kata Ted "awakkan beruang betul tak? saya pikir beruang suka gua yang gelap."
     Mereka pun memanjat batu-batan disitu untuk masuk kedalan gua tersebut. Gua itu sangat dalam dan sangat gelap. Sedang mereka meneroka gua tersebut, tiba-tiba......bersambung.

No comments:

Post a Comment